Saturday, 12 March 2011
Hikayat Merong Mahawangsa KRU
Mesti ramai yang telah pergi berpusu-pusu menonton filem bawah arahan Yusry Abdul Halim (KRU Studios). Saya merupakan penonton terawal menyaksikan filem ini, iaitu pada hari pertama 10 Mac 2011 pada pukul 11.50 pagi. Sengaja memilih tempat duduk yang lengang agar konsentrasi saya tidak terganggu. Trailer filem ini sangat bagus dan menarik dan berjaya menarik perhatian orang ramai dan media mahu di dalam atau di luar negara. Cukup membanggakan apabila filem ini telah pun mendapat tempahan dari beberapa buah negara seprti Rusia, German,dan sebagainya.
Bagaimanapun, setelah mengamati filem ini dari sudut jiwa yang mendalam, filem ini sangatlah tidak memuaskan hati. Terdapat banyak kesilapan yang dilakukan sepanjang penggambaran filem ini. Kesilapannya bagaikan zarah-zarah kecil tetapi sangat2lah mempengaruhi kepuasan menonton. Apatah lagi, filem ini bakal diangkat dan dieksport ke luar negara, ke negara2 maju. Bagaimana penerimaan orang2 sana? Kita tidak boleh membiarkan hakikat industri perfileman kita yang telah sedia maklum 'macam tu' diketahui lagi. Sebabnya, prestasi perfileman filem blockbuster epik Hikayat merong Mahawangsa tidak bertaraf antarabangsa langsung! Memang mulut senang mengkritik, tetapi berat lagi bahu yang memikul. Berikut merupakan postif dan negatif yang terdapat di dalam filem ini.
Positif
1. Intro filem yang berlatar tempatkan di Goa sangat mengagumkan. Setting semua cantik dan boleh sangat dipuji.
2. Dialog yang sanagt memukau. ada unsur saspens/ humor/ drama dalam filem ini. terutama dialaog antara Taji dan Kemawas...dan Merong. Syabas kepada Yusry. Sebanyak 16x skrip ditukar akhirnya membuahkan hasil yang mmberi kesan. Terasa diri seperti berada di alam Nusantara Melayu.
3. Syabas Stephen Rahman kerana watak Merong sangat berkesan kcuali ucapan memberi semangat sebelum brperang dengan musuh Geruda nampak dibuat-buat.
4. Babak berdialog Bahasa Melayu lebih berkesan dari babak Inggeris/Melayu mix Inggeris
5. Adegan lawak Puteri China dgn dayangnya dan babak Bahasa Mandarin antara Merong dengan Laksamana sgt berkesan. melucukan!
6.Beberapa babak lawan pedang harus dipuji kerana kelajuan yang mantap serta 'keganasan' dan ketangkasan berlawan.
7. Babak Taji dan Kemawas sgt sgt sgt MANTAP! Saya sangat menyukai watak antagonis, Kmawas. Sangat Berkesan. Tahniah Khir Rahman!
8. Cukup bagus bila pantun dijadikan panduan intrig filem ini.
Namun beberapa kesilapan kecil yang nyata dan jelas telah tersingkap di dalam filem ini. Kesilapan yang membuatkan saya tidak bolh memberi kepercayaan penuh terhadap filem ini dari diangkat sebagai sebuah blockbuster antarabangsa. Saya mencadangkan penonton sekalian supaya memperhatikan details yang begitu penting telah diketepikan oleh Yusry. Mohon hadirin bersikap terbuka.
Negatif
-Negatif-
1. Kedudukan kamera yang terlalu rapat dan lbih memfokuskan muka sangat tidak boleh diterima. Perhatikan angle kamera yang diambil terlalu rapat sehingga mengabaikan details yang teramat penting seperti kostum yang menampakkan keperkasaan Merong, putera Rom, isi kapal, latar belakang lautan. Sanagt merimaskan! sebabnya, jarak ke muka sangat dekat. Banyak angle lawan diabakan.
contohnya, ada kesilapan kamera yang merakamkan aksi lawan yang brada di tepi skrin antara Merong dan Kemawas walaupun sedetik tika. Sepatutnya, aksi sebegitu harus difokuskan ke tengah. Saya mencadangkan Yusry membuat rujukan di filem Gladiator. jangan terlalu memfokuskan aksi lawan sahaja. Mungkin sedikit slow motion diperlukan seperti Pedang Merong yang menghiris leher musuh prlu didekatkan dan dislow motion kan untuk menampakkan darah yang terpercik. Terlalu speedy tidak boleh jugak. kena tengok keadaan. Barulah penonton ada FEEL!
2. Bulan purnama sangatlah nampak FAKE! Nampak sama dalam filem Magika dan Cicakman. Tolonglah! penonton dah maju lah!
3. Idea CRAP!! yang menggunakan pantulan cahaya dari cermin sangatlah tidak boleh diterima and dont even make a sense, at all!! Sebelum tu, saya yang x baca Hikayat Sebenar Merong Mahawangsa ni nak tanya sikit. Merong yang sebenar ada buat ke idea macam tu? Saya hanya senyum sinis. Mungkin Yusry ingin meringankan kandungan filem tetapi tidak bagi saya. Bagi Saya, mereka2 ni telah ketandusan idea!! yang sangat tidak boleh diterima ialah boleh pulak musuh-musuh Geruda boleh terjun dengan selamba rock dari sampan dan ada yang langsung tidak meremang kepanasan! Teknik CGI come onlah! buatlah details melecur sikit ker... apa ker.. kan??
4.Boleh pulak ada babak dayang2 Puteri China boleh pura2 mati sewaktu perang yang sangat serius??!! tolonglah! ini filem blockbuster yang orang luar sana akan tengok dan menilai. Serius saya cakap, babak kelakar sangat x ssuai ketika itu. Bukan saya jenis x cool tetapi babak tu sangtlah antiklimaks!!
5. Gavin x berperwatakan sperti seorang putera Rom langsung!! Wajahnya sangat tidak sesuai kerana tiada karisma. Here are some examples like Gerard Butler, Pelakon Prince Caspian (x ingat nama), Henry Cavill, dan bla..bla.. See what i means? Wajah yang ada rupa paras dan tubuh badan yang selayaknya seorang putera Rom!! Tengok muka pon dah mnyampah. Mana lah korang kutip Si Gavin ni? Buat ujibakat dulu, baru pilih yang layak! Tak de daya tarikan sbagai putera langsung! macam orang kampung jer!
6.Aksi suspen yg tak menjadi apabila Puteri cuba melarikan diri dr khemah. Angle kamera salah. Edry harus mengadunkan bunyi saspens yang betul. Nampak pelik sikit babak tuu.. langsung tak tertimbul persoalan.
7.Tusukan pedang nampak jelas disisip di sisi pinggang dan ada yg tidak ada kesan darah setelah banyak kali menusuk tubuh musuh! Details penting yang diabaikan! Sangat mngharukan..
8.KApal sangatlah sikit berlabuh di pelabuhan apabila Merong tiba di Semenanjung Emas. Zaman dahulu, kalau ikutkan sejarah, kapal atau jong sangat lah banyak terutama di Semenanjung Emas! Kapal angkatan Rom kecil lah... x kena dengan kemewahan harta Negara Rom..
9.Adunan warna latar masa dan tempat tidak kena dan kadang2 confius sama ada malam atau siang/ senja atau petang. Terlau warm sangat. tak natural.
10. Kampung Geruda x cukup menggerunkan.. sila buat rujukan dlm cerita Pirates of Carribean please... Bukan kita bulat2 meniru mereka, tetapi kita belajar macam mana nak tampakkan setting tmpat yang menggerunkan, menjadi simbol kejahatan musuh seperti tengkorak ker...?
11. ini yang aku ktawa terbahak2 dengan geng aku nih! Pahlawan Melayu langkasuka kurus keding lah.. tapi takper lah..Semangat MEMBARA mnentang musuh ttap ada..haha. Tp sorakan YAY lepas menang bertmpur dengan Geruda macam x masuk je... Tempikan/ Laungan kemenangan tidak bersatu!! Buat rujukan di filem Gladiator, bagaimana mereka bersatu bersorak kegembiraan di Colosseum. Yay??...kelakar...
12.Adunan bunyi yang ada problem dan semacam x kena di pertengahan citer.. sangat obvious.
13. Ada Babak yang x sepatutnya dimasukkan dengan unsur lawak. Part dua orang pahlawan langkasuka berpeluk bila askar keMawas + Cina + Rom datang menyerbu menyerang sesama mereka sangat tidak ssuai. Klau buat dalam Raja Lawak boleh lah..
Negatif lg byk dr positif. KRU telah buat sesuatu yang baik apa2 pun. Mungkin saya menjangkakan sesuatu di luar jangkaan. namunmaybe due to my very high expectation that this film gonna be WOW!!, ….namun sorry saya terpaks amenyatakan yg sebaliknya. Syabas diucapkan. Harap kritikan ini dapat diterima dan membantu pihak produksi di masa hadapan.
okey, the truth are always bitter.. Pandangan saya memang agak pdas sikit. NAmun, saya takkan menarik balik kenyataan saya itu demi masa dpan industri pperfilman negara kita. Susah kita mahu maju kalau sikitpun tidak boleh dicuit dan ditegur. Saya hanya sebagai pengkomen dan seorang rakyat yang patriotik yang mahu melihat kemajuan industri filem yang agak 'kurengg'! Filem HMM tetap lemah di mata saya. yelah rugi telan bajt RM8juta tetapi hasil?? kESIAN..
Rating 1.5/5
some stuff:
Hikayat Merong Mahawangsa tak best
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 awesome people said..:
Post a Comment